Friday, December 10, 2010

Tiada Sial Dan Majal Dalam Islam

Assalamualaikum,salam maal hijrah semua.........

Entry kali nie saya cuba membawa sahabat dan sahabiah sekalian untuk kita sama2 membincangkan isu berkaitan tajuk yang saya tuliskan diatas.....Apa guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran,akhlak,cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis?Kita seolah2 berada dizaman batu dahulukala huhuhu.....

Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah.Dalam mngejar kemajuan,akhlak murni perlu dijaga.Maka dari situ amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan...Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali...Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud.

Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai murni sejagat,sesuai disemua tempat disamping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.Bukan saja bertahan lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang amat terbatas,sekejap ada dan sekejap tidak ada,kadang-kadang putik dan kadang-kadang berulat serta buruk.....Lebih mendukacitakan,adakah kita dipanggil moden sekiranya pemikiran masih dibayangi perkara dengan SIAL DAN MAJAL TERHADAP SESUATU YANG LANGSUNG TIDAK PUNYA KUASA?

Bukan sekadar terbelenggu,tetapi sudah percaya dan sudah termasuk sebagai rujukan dan penentuan dalam membuat sebarang keputusan...Bayangkan ada yang percaya kepada nombor membawa yang membawa sial dan majal...Dalam hal ini IMAM BUKHARI pernah meriwayatkan daripada Rasulullah yang bersabda bermaksud : "Tiada sial dan majal dalam Islam" .....Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda bermaksud : "Tiada sial pada sesuatu burung".....Malah mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik,sebaliknya ALLAH menggantikannya dengan konsep TAWAKAL.Adakah wajar seseorang yang bersiap untuk ketempat temuduga tiba2 sampai ketempat itu,dia mendapati bilik temuduga berkenaan bernombor 13 lalu tidak meneruskan sesi temuduga terbabit kerana merasakan nombor itu membawa sial.Begitu juga dengan perkahwinan,ada yang percaya berkahwin pada bulan SAFAR membawa sial.Ia amat bercanggah dengan prinsip agama Islam...Sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata2 kerana dianggap sial.Dalam suasana payah hendak mendapatkn kerja dan pasangan,ada yang percaya memakai gelang dia akan memberi SEMANGAT pada si pemakai...Tidak kurang juga da yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama MANDI BUNGA..bunga itukan sekadar hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa kononnya blh menaikn seri sesorang itu.

Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden.Perubatan moden diharuskan,namun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan RABBUL IZZATI...Doktor hanya merawat dan berikhtiar tetapi menyembuhkan hanyalah ALLAH.Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita,tetpi bukan dia yang menyembuhkan.Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak NYA,maka sembuhlah apabila sampai masanya.Menjadi kesalahan besar sekiranya seseorang wanita sanggup berbuiat apa sahaja,terpaksa mnyerahkan maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasih hatinya.Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia,nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.Yang menentukan jodoh bukannya manusia.Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah YA RAHIM.Kkekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang akhirnya merka sendri yang merana.

Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan,amalan memberi rasuah membawa syirik.Ia bukan sekadar dosa besar,sebab yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah'Jika aku tidak beri,maka pasti tidak dapat'.Ini yang rosak iman kerana anggapan pemberi rezeki sudah beralih drpada ALLAH kpda manusia.Bagi melariskan kedai perniagaan,pekedai mula guna pelaris termasuk ayat seribu dinar.Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan,untung besar tetapi tidak menggunakan pelaris.Begitu juga sahabat nabi Saidina Abdul Rahman Bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa2 ayat.

note ibnusinaputra: Sesungguhnya tiada rahsia khusus untuk mencapai kejayaan,kerana kejayaan sesuatu itu adalah berpunca daripada ilmu,usaha keras,kemahiran serta tawakal kepada ALLAH...So marilah kita ajak sahabat dan sahabiah kita diluar sana tue,berubah untuk kemajuan agama islam,diri,bangsa serta negara tercinta dari seorang yg berpemikiran yg kolot dan jumut kepada seorng yg lebih intelektual sejajar dengan Agama Islam tercinta berlandaskan syiar Islam derngan harapan mndapat keredhaan dr ALLAH...insyaALLAH





Monday, December 6, 2010

Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita menghirup udara yang segar dan cuaca yang nyaman di malam awal tahun baru 1432H ini... Setiap kali tiba awal Muharam, kita akan teringat kepada satu peristiwa hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah 14 abad yang silam. Peristiwa hijrah tersebut akhirnya menjadi titik tolak permulaan yang mengangkat Islam sebagai agama yang diredai Allah.

Sementara kita mengakhiri tahun 1431H ini dan menghadapi kedatangan tahun 1432H, sudah tentu amat wajar bagi setiap Muslim mengimbas kembali masa setahun yang telah berlalu itu untuk menilai bagaimana masa tersebut dihabiskan. Ia tentunya banyak meninggalkan seribu satu kenangan, sama ada yang manis mahupun yang pahit. Mungkin dalam setahun itu, kita banyak memperolehi kebaikan dan keuntungan, dan mungkin juga dalam masa yang sama kita juga melakukan keburukan dan mengalami kerugian, sama ada dari segi keduniaan mahupun ke akhiratan.

Dalam hal ini, Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Ungkapan ini memberi peringatan kepadakita betapa perlunya muhasabah diri dan bagaimana ia berupaya bertindak sebagai alat persiapan yang akan menetukan kejayaan di samping mengelakkan kita daripada penyesalan yang tiada penghujungnya.

Muhasabah diri ini juga bukan sahaja boleh membantu kita merancang masa depan yang lebih baik, malah ia akan menginsafkan kita akan betapa pentingnya perancangan rapi itu sendiri supaya dengannya kita dapat menghayati maksud firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 18: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.

Perlu diinsafi bahawa setiap Muslim tidak dapat mengetahui dengan pasti apakah corak masa depan yang bakal dilaluinya, apakah ia merupakan suatu detik gemilang dan kejayaan ataupun ia hanyalah merupakan satu detik pahit yang penuh dengan kegagalan dan kedukaan. Apakah setiap Muslim akan tetap terus beristiqamah dengan sinaran hidayah Allah ataupun dia akan tersungkur jatuh dalam kancah maksiat dan permainan tipu helah syaitan yang menyesatkan.

Dalam hal ini, apa yang pasti setiap Muslim hanya boleh merancang dan berusaha dengan pelbagai persiapan yang teliti dan rapi demi memastikan agar dia mampu terus bersedia menghadapi masa depan yang datang bersama berbagai-bagai cabaran, masa depan yang akan ditempuhi dengan aneka perubahan pesat yang berlaku di seluruh dunia. Hasilnya, dunia kini seolah-olah menjadi medan pertarungan sengit bagi menentukan seseorang atau sesuatu umat itu berjaya atau kecundang. Ada umat yang muncul dan berjaya dan ada pula umat yang tenggelam dan hancur. Ada manusia yang berjaya menjadi pemimpin dan apa pula manusia yang sanggup menjadi pak turut.

Walau apa pun natijah yang bakal diraih, namun masa depan itu tetap juga akan dihadapi. Oleh yang demikian, setiap Muslim seharusnya berbekalkan semangat juang tanpa mengenal penat lelah atau erti mengalah semasa menelusuri titian hidup ini. Inilah lumrah kehidupan yang telah difitrahkan oleh Allah sebagai medan perjuangan antara yang hak dengan yang batil, antara yang benar dengan yang palsu, adakalanya pihak yang benar dapat mengatasi pihak yang salah, kadangkala pihak yang salah dapat mengalahkan yang benar.

Perlu ditegaskan bahawa kalau pihak yang kalah itu menang, ia sama sekali tidak bererti kejahatan itu beradadi pihak yang benar, tetapi dalam banyak keadaan ia adalah kerana pihak yang jahat itu mempunyai kepimpinan dan sistem teratur yang membolehkannya meraih kemenangan. Dari segi yang lain, ada ketikanya pihak yang baik itu akan kecundang dalam perjuangannya. Ini kerana dalam banyak keadaan ia tidak diatur dan dirancang dengan baik serta tidak mendapat kepimpinan yang baik semasa menjayakan misinya itu. Bukankah Allah pernah berfirman maksudnya: Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan ia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (Surah Ali ‘Imran, ayat 140)

Satu perkara yang perlu disedari oleh setiap Muslim ialah setahun yang berlalu bererti setahun pula umurnya telah bertambah. Semakin bertambah bilangan tahun yang berlalu pergi, semakin sedikit pula sisa-sisa hidupnya yang masih tertinggal. Apabila umur seseorang Muslim telah pun tamat, maka ajalmaut pun akan dapat menjemputnya. Pada ketika itu, tidak ada lagi peluang ke sekian kalinya untuk seseorang Muslim untuk mengumpul bekalan yang akan dibawa menghadap Allah kelak.

Oleh itu, setiap Muslim sewajibnya menginsafi diri semasa menjalani kehidupan dunia yang sementara ini dan janganlah hendaknya membazirkan waktu-waktu berharga terbuang dengan sia-sia. Ingatlah bahawa sehari yang terbuang bermakna kita telah membuang masa yang sangat berharga, umur yang berharga, masa muda yang berharga dan menghilangkan peluang untuk mendapat mata pencarian yang berharga, malahan bekalan akhirat yang berharga akan turut terbuang dan hilang.

Sikap membuang masa seharian dengan berpoya-poya, bersukaria, melepak dan berseronok tanpa mendatangkan hasil yang bermanfaat bererti suatu penderhakaan terhadap nikmat masa yang dikurniakan Allah. Malah hanya masa sahajalah satu aset yang sangat bernilai yang tersedia ada pada setiap manusia dalam hidup ini. Dalam hal ini, Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: Sesiapa yang menghabiskan masa hariannya tanpa ada hak yang dilaksanakannya, tanpa ada kewajipan yang ditunaikannya, tanpa ada kemuliaan yang dibinanya, tanpa ada kepujian yang diperolehinya, tanpa ada kebajikan yang dilakukannya, tanpa ada ilmu yang dipetiknya, maka sesungguhnya dia telah menderhakai masa hariannya itu.

note ibnusinaputra:Akhirnya, amat wajarlah setiap Muslim merenung dan bermuhasabah secara mendalam. Bak kata pepatah orang-orang tua “Sediakanlah payung sebelum hujan”. Maka sediakanlah bekal di dunia sebelum belayar ke alam akhirat yang abadi agar setiap daripada kita tidak menyesal di kemudian hari nanti.

Friday, June 12, 2009

Fiqh Wanita siri 2

Assalamualaikum sahabat dan sahabiah sekalian...

Allahuakbar..lamanya saya xdapat update..agak2 kenapa yer?sebab malas ke..atau kekeringan idea untuk menulis..hehehe...ape yang sebenarnya berlaku xpentingkan,yang pastinya saya menghilang sebulan lebih disebabkan kecibukan mengadap kitab2 kuliah atas dasar fatrah imtihan..sebagai pelajar kena la study dengan bersungguh2 untuk mencapai kejayaan yang di inginkan seterusnya mendapat keberkatan dari ilmu 2 tersendiri..x begitu sahabat2..hihi..alhamdulillah setelah sebulan setengah mengadap membelek2 kitab kuliah yang ada,menjawab soalan2 imtihan yang dihidangkan pihak al-azhar untuk santapan pelajar2nya..so selepas ni tinggal doa dan tawakal pd NYA..insyaALLAH akan peroleh kejayaan,mudah2an...apela cite pasal imtihan pulak...huhu..sebenarnya kali ni saya hanya ingin menjawab beberapa persoalan yang diajukan berkisar fiqh wanita,saya cuba menjawab setakat ilmu yang ada..kalo2 da yang salah harap yang lebih arif dan mahir dapatlah sama2 bagi panduan dan tunjuk ajar diatas beberapa persoalan yang akan saya bincangkan dibawah nanti,semoga kita semua dapat ilmu yang munafaat untuk masa depan islam kita bersama...

Tajuk Persoalan 1:Cairan Berwarna Kuning,Putih Dan Keruh

Soalan:Ustaz boleh terangkan x tentang cairan berwarna kuning dan keruh?Adakah hukumnya sama sahaja dengan darah haid?Bagaimana pula dengan cairan putih?Adakah harus bagi seseorang wanita itu mengetahui berakhirnya darah tersebut kemudian dia wajib mandi?

Jawapan:Para ulama berbeza pendapat tentang hal ini hingga terdapat lima pendapat. Tetapi, pendapat paling rajih(benar dan tepat) adalah pendapat yang menyatakan bahwa jika cairan itu keluar setelah habisnya masa haid dalam jarak yang tidak begitu jauh dengan terhentinya darah haid, cairan itu termasuk kategori haid. Jika selang beberapa waktu dari waktu berhentinya masa haid, cairan itu tidak termasuk dalam kategori darah haid.

Mengenai cairan putih ialah jika seorang wanita menggunakan kapas atau pembalut di tempat keluarnya cairan itu, lalu cairan itu tidak berubah dan tetap keluar dengan warna putih, itulah dinamakan cairan putih. Jika cairan putih itu berubah warna, ini menunjukkan darah haid belum habis.

Sebahagian kaum wanita ada yang tidak mengeluarkan cairan putih ini tetapi kebiasaannya mengeluarkan cairan berwarna keruh antara satu masa haid dengan masa haid yang lain. Jika demikian, cairan keruh ini merupakan tanda berhentinya darah haid dan masa sucinya sudah bermula walaupun ia tetap mengeluarkan cairan berwarna kuning. Ini kerana, bukan kebiasaan wanita ini mengeluarkan cairan putih.

Sebenarnya, permasalahan haid merupakan permasalahan yang tidak boleh dibuat kaedah tertentu kerana keadaan yang dialami oleh kaum wanita berbeza-beza.

Keadaan berbeza-beza dalam masalah haid ini lebih banyak berlaku kepada kaum wanita disebabkan penggunaan ubat-ubatan seperti pil pencegah haid, perancang kehamilan, kurus badan, kosmetik dan sebagainya. Sebenarnya, di samping dapat membahayakan rahim, ubat-ubatan ini juga dapat menimbulkan banyak ketidak normalan haid wanita dan menyebabkan fatwa tidak dapat diselaraskan.

Justeru, saya menasihati kaum wanita agar tidak menggunakan pil-pil pencegah haid, pil perancang dan sebagainya apatah lagi wanita yang belum bersuami kerana sebahagian doktor menegaskan penggunaan pil-pil ini dapat menyebabkan kemandulan.

Darah haid adalah darah yang perlu dikeluarkan kerana ia berpenyakit. Jika seorang wanita memakan pil penahan agar haid tidak keluar, pasti ia menimbulkan kesan buruk pada tubuh kerana berusaha menghalang fitrah yang telah ditetapkan ALLAH pada tubuh wanita.

Tajuk Persoalan 2:Pil Pencegah Kehamilan

Soalan:
Saya telah memakan pil perancang keluarga atau pencegah kehamilan. Cecair kekeruhan keluar menyebabkan masa haid tidak menentu. Ia keluar berterusan dalam tempoh beberapa hari. Tetapi, saya masih memakan pil itu. Apakah darah yang berterusan di luar waktu kebiasaan ini dianggap sebagai darah haid uztaz?

Jawapan:
Sebenarnya pil pencegah kehamilan banyak menimbulkan perkara-perkara pelik di luar kebiasaan pengguna. Ia juga memeningkan kepala para ulama kerana pil itu menyebabkan kehidupan normal kaum wanita terjejas dan menjadikan mereka gelisah. Sebahagian doktor mengatakan bahawa pil-pil tersebut mampu mendatangkan kesan sampingan melebihi 14 macam bahaya musibah.

Musuh-musuh Islam telah sengaja mewujudkan pil-pil tersebut untuk menghancurkan populasi Islam dengan cara memporak-porandakan generasi Islam melalui pil-pil itu. Ini kerana, ubat-ubatan itu dapat merosakkan rahim dan melemahkan tubuh badan wanita. Sebahagian wanita dapat merasakan penurunan stamina secara menyeluruh karena mengamalkan pemakanan ubat tersebut.

Saya sarankan kepada saudari yang bertanya agar tidak mengamalkan pil-pil ini selama-lamanya karena boleh mendatangkan bahaya. Jika seorang wanita tidak sanggup untuk hamil, berbincanglah dengan suami bukan dengan cara yang boleh membahayakan kesihatan. Ia bukan sahaja membahayakan wanita bahkan seluruh umat Islam secara umumnya.

Sebenarnya saya tidak terlalu banyak mengetahui masalah haid disebabkan penggunaan pil-pil ini. Oleh itu, saya sarankan saudari bertanya dan berjumpa terus para doktor. Jika disahkan ia termasuk haid, memang benarlah ia haid. Jika hanya disebabkan pil-pil itu, ia bukanlah haid dan wajib solat dan harus berpuasa.


Tajuk Persoalan 3: Wanita bekerja

soalan:Ustaz boleh x terangkan pada saya apakah hukum sesorang wanita itu bekerja?

Jawapan:
Sebenarnya ulama berbeza pendapat mengenai hukum wanita bekerja. Pendapat terpilih,mengatakan sekiranya wanita itu fakir dan tidak ada sumber rezeki selain bekerja, dalam keadaan itu dia harus bekerja. Dengan syarat dia tidak bergelomang dengan dosa seperti bergaul bebas dengan lelaki, berdua-duaan walaupun ketika berada di dalam pejabat, musafir bersama rakan sekerja lelaki tanpa ditemani orang lain dan sebagainya.

note ibnusinaputra:Sekian sahaja untuk kali nie..sebenarnya ini adalah sambungan persoalan fiqh wanita dari siri pertama yang lepas...Saya harap dengan keterangan ringkas ini,dapat bagi manfaat pada saya dan para sahabat sahabiah sekalian...apa yang baik itu datang drNYA,dan yang terlepas pandang itu juga dariNYA,tapi atas asbab kelalaian dan kelemahan diri saya..Semoga Agama Islam terus Menyinar diatas usaha2 antum2 semua..wallahu a'lam ilalliqo'



Saturday, April 18, 2009

Mengapa Monyet Suka Pisang???


Assalamualaikum semua....

Waduh-waduh kok bisa gawat nie seh...makin hari makin malas gue memposting entry terkini ya..huhuhu..kan dah terkeluar ngomong2 bahasa sumatera jawa,uikss padahal bukan betul pun saya cakap..hihihi..tapi kalo da sapa-sapa yang tahu cakap jawa boleh la dikongsi bersama...adoyai apela saya mengarut nie..bukan nya nak buka kelas bahasa jawa pun kat cni...konon-konon nak tiru si ostad pamie member saya yang suka berceloteh dan merapu dalm blog dia tue..tp saya xpandai merapu macam dia,kalo mengada-adakan cerita pandai la..hahaha..opss sowie ostad pamie,terngumpat mike pulak dalam blog teman nie..Ha kali nie saya nak story cikit pasal kehebatan PISANG yang selalu di makan oleh sang monkey dan beruk di luar sana nun...Sebenarnya macam nie,ONCE UPON A TIME BANANA ITS A PISANG,PISANG ITS A BANANA..I LOVE IT,SO EASY kn..ahaksss...aduh2 napa aku mengarut banyak sangat pulak kali nie,ate ngaban teben kome nie yob...hahaha...okay2 la,kali nie betul2 serius...sebenarnya dua hari lepas saya lepak-lepak kat bilik ahli bait saya yang bernama Ostad Syukri dan Ostad Aswadi nie,tetiba terlihat satu buku kecil yang tajuk nya macam ni.."44 BICARA KESIHATAN"..bila dilihat dari kulit luarnya memang sangat2 menarik,belek punya belek terjumpa la satu tajuk nie Mengapa Monyet Suka Pisang..eh btul ka macam 2 tajuk nya..ahh xkisahla,janji lbh kurang..hihi..ha nak tau apa yang terkandung didalamnya...jum2 teruskan membaca apa yang saya nak tulis,mengikut apa yang memory hotak saya nie ingat dan merapu..hehehe

Pisang kan begitu mudah didapati,di kedai2 buah,kebun2 buah,kedai jual ayam dan kedai jual baju...ha mula la 2 mengarut..hehe..Mengapa kita tidak sering memakan dengan seleranya, lebih-lebih setelah mengetahui khasiatnya?kenapa ya?

Daya Ingatan

Ermm antara khasiatnya ialah boleh meningkatkan daya ingatan..Penelitian dilakukan terhadap 200 murid di Amerika yang tengah melakukan ujian. Mereka diberi pisang di pagi hari,ketika istirahat dan di tengah hari. Hasilnya,murid2 yang ikut dalam penelitian ini lebih mudah menyelesaikan soalan2 ujian berbanding murid-murid lain. Buah pisang kaya dengan kalium ini memberi kemampuan kepada daya ingat.

Anemia

Anemia secara umum bererti kurang zat besi. “Kurang darah merah” merupakan istilah awam untuk menyebut kondisi akibat rendahnya kadar hemoglobin (hb) darah ini. Gejalanya: wajah pucat,lemah2 badan,lesu,lelah, mudah pengsan. Zat besi merupakan bahan penting pembentuk hemoglobin (butir-butir darah merah). Kadar Hb normal laki-laki 14-18 g per dl, wanita 12-14 g per dl. Pisang merupakan buah paling berlimpah zat besi yang sekaligus juga mudah diserap tubuh yang direkomendasikan(wow canggih tue ayat)huhu.. untuk membantu mengatasi anemia. Kandungan zat besinya mampu merangsang produksi hemoglobin darah...sebenarnya apa2 istilah diatas tadi saya pun xtau dan xpaham sangat,so jangan tanya saya ya,tanya la pada yang pakar..hahaha

Depresi dan stres

Depresi(stres berat)akan reda dan lega setelah kita menyantap pisang. Pisang kaya amino triptofan, yang di dalam tubuh diubah menjadi serotonin,zat yang dapat memperbaiki suasana hati (mood), membuat kita rileks dan merasa lebih bahagia. Simpanan vitamin B-nya juga membantu mengimbangi sistem saraf.Ketika kita stres, metabolisme tubuh kita meningkat, sehingga mengurai simpanan kalium. Salah satu akibatnya, denyutan jantung menjadi kurang teratur.Dengan memakan pisang yang berlimpah kalium akan menormalkan denyutan jantung kita, melancarkan pengiriman oksigen ke otak,dan membantu melancarkan keseimbangan cairan tubuh.

Hipertensi dan stroke

Pisang sangat kaya kalium peredam hipertensi dan stroke dengan kandungan natrium sangat rendah. Salah satu edisi The New England Journal of Medicine membuat hasil penelitian yang mengatakan,sekiranya seseorang itu menjadikan pisang sebagai rutin makanan harian terbukti dapat menghindarkan risiko meninggal akibat stroke hingga 40 peratus..ermm ajaibkan makhluk tuhan bernama PISANG nie..hehehe


Kegemukan gara-gara mengunyah

Dalam satu hasil penelitian terhadap 5000 pesakit yang kegemukan di rumah-rumah sakit di Austria disebutkan sebahagian besar gara-gara stres akibat gaya pekerjaan dengan jadual yang sangat2 padat. Kondisi ini membuat mereka menghiburkan diri dengan mengunyah, terutama coklat dan keropok.Padahal,keinginan mengunyah itu dapat diatasi dengan mengawal kadar gula dalam darah dan maintain stabil. Caranya, makanlah pisang setiap dua jam...so macam mana?tngu apa lg..hehe

Sakit cirit-birit

Ketika merasakan cirit-birit,selalu nk buang air besar,keluar masuk bilik air..kali ini saya da satu lagi rahsia PISANG nie...Kandungan kalium(potassium)yang banyak disertakan degan mineral2 lain,amat2la membantu mengurangi sakit perut tersebut..so kepada sesapa yang selalu sangat buang2 air boleh la cuba mengamalkan nya..hihihi


PISANG apakah yang berkhasiat sedemikian? Semua jenis pisang pada umumnya, yang dimakan segar tanpa direbus ataupun digoreng. Pisang ambon, pisang mas di bawak berlayar, pisang wak-wak(eh ada ka)hahaha...pisang raja bersiong,pisang montel,pisang gebu,pisang nipah..ermm pokok pangkalnya semua jenis pisang la..hehe..so tidak hairan la kita selalu melihat monyet begitu hebat sekali bergayut dan melompat dari satu dahan pokok ke dahan pokok yang lain.agaknya mereka lebih terbiasa atau lebih banyak makan PISANG berbanding kita


Siapa suka makan PISANG dekat sini??? sila angkat hidung..hahaha...SO GUYS!!Tunggu apa lagi? Setelah kita tahu KHASIAT PISANG,kalo ada lagi stress, makan jer PISANG!! Beside, it tasted good, isn’t right?

note ibnusinaputra:Waduh2 kok rasanya macam ahli pengamal perubatan pulak saya rasa bila menulis pasal nie..hehe..Tapi napa pisang ya,tidak rambutan ,durian,nenas,semangka ka...semua buah2 tersebut ada khasiat tersendiri,cuma kali ni saya terbaca pasal pisang,so pisangla xkan buah nyor muda plak..hihi..Ha itulah kekusaan dan kebesaran ALLAH,setiap kejadian ada khasiat dan hikmahnya..bukan sia-sia dijadikan...Semoga kita semua dapat mengambil istifada yang bermunafaat diatas penulisan saya diatas tadi...so selepas nie yang xsuka PISANG,cuba2 la try makan yer..xrugi pun kita makan sebab dia antara penawar pada diri kita...sekian untuk kali ini..Opss sebelum terlupa,bagi student IPAT dan IPTS malaysia selamat maju jaya dalam exam nanti..BITAUFIQ WANNAJAH FILIMTIHAN..maalsalamah wailalliqo

p/s: sumber rujukan.... Buku 44 Bicara Kesihatan yang ditulis oleh dua beradik kembar DR.Ezainy dan DR.Ezairy b M.Sallih

Monday, April 6, 2009

Fiqh Wanita siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Tora datang lagi…ehhh itue kn mainan dalam kotak masa zaman kanak2 dahulu yang dalam nya ada mainan dan biskut coklat yang sedap yang sinonim dengan matsentul sebagai model iklan nya..hehehe…Alhamdulillah minggu nie diberi kerajinan yang agak maksima,untuk menulis entry…hehe..Cuma kali nie xda la nak menulis mana pun,juz hendak menjawab beberapa persoalan yang telah diajukan dalam email oleh PUAN HABIBAH terhadap saya berkaitan masalah HAID WANITA DALAM SOLAT DAN PUASA se mingu yang lepas….huhh Alhamdulillah,setelah menyelidik,membaca,membelek2 koleksi kitab,uikss koleksi 2,mcm la banyak sangat kitab saya..poyo betul..hahaha dan ilmu yang tidak seberapa nie,DIA bg ilham kepada saya untuk cuba bagi sedikit jawapan atau komentar bagi soalan2 tersebut,insyaALLAH dibawah nanti saya cuba perjelaskan dan bicangkan bersama2 sahabat dan sahabiah sekalian ape yang berkaitan…..Adoyaii nak jawab soalan je pun,banyak pulak saya berceloteh..hahaha….Okaylah jum2 kita tengok ape persoalan yang ditimbulkan dan apa yang saya cuba perjelaskan ya…(,”)(“,)

Berikut Beberapa Persoalan Yang Berkisar Haid Dalam Solat Dan Puasa Oleh Puan Habibah:


P.Habibah: Boleh ustaz zicry jelaskan sedikit bagi wanita nifas,bila telah suci sebelum empat puluh hari,apakah wajib baginya berpuasa dan solat?

Ustz Zicry: Ya wajib puan…bila mana wanita nifas telah suci sebelum cukup empat puluh hari maka wajib baginya berpuasa bila pada bulan ramadhan,dan wajib juga baginya solat…serta dibolehkan bagi si suami untuk menggaulinya kerana dia dalam keadaan suci,tidak ada lagi sesuatu yang mencegah dari kewajipan berpuasa mahupun kewajupan solat dan boleh digauli.


P.Habibah: Ustaz,jika seorang wanita yang haid atau nifas bila ianya suci sebelum fajar,tetapi belum mandi kecuali setelah terbitnya fajar,apakah pada hari itu puasanya sah atau tidak?

Ustz Zicry: Ya sah puasa wanita haid atau nifas yang suci sebelum terbit fajar dan belum mandi kecuali setelah terbit fajar,kerana pada masa tue dia termasuk wanita yang berhak berpuasa,kerana ianya sama dengan keadaan orang yang wajib bermandi junub,ketika mana fajar terbit dia masih dalam keadaan junub dan belum mandi maka puasanya adalah sah…

Berdasarkan firman ALLAH: “Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yane telah ditetapkan ALLAH untukmu,dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam iaitu FAJAR.” (Al-Baqarah-187)

Jika ALLAH mengizinkan untuk menggauli hingga nyata fajar,beerti mandi tidak terjadi kecuali setelah terbit fajar.

Berdasarkan hadis Aisyah radhiyallahu’anha: “Bahawa Baginda Nabi Muhammad dalam suatu pagi pernah dalam keadaan berjunub kerana menggauli isternya,sedangkan beliau teruskan berpuasa”.

Ertinya bahawa Nabi Muhammad tidak mandi junub kecuali setelah terbitnya fajar.


P.Habibah: Bagi pendapat uztaz,apakah hukumnya penggunaan pil pencegah haid bagi wanita agar dapat berpuasa bersama orang lain?

Ustz Zicry: Bagi pendapat saya,saya sarankan hindari penggunaan pil semacam ini,kerana kesan sampingannya yang besar, ini berdasarkan apa yang saya ketahui dari seorang rakan kuliah tibb(kedoktoran).Perlu dinasihatkan pada semua kaum wanita,hal yang berlaku keatas diri mereka adalah takdir ALLAH untuk kaum hawa,dengan itu terimalah dengan hati yang rela dan redha apa yang telah ditakdirkan ALLAH dan berpuasalah bilamana tidak ada halangan lagi.Jika ada halangan,maka janganlah berpuasa sebagai penerimaan apa yang ditakdirkan ALLAH.


P.Habibah: Ada seorang wanita ni,kedatangan haid setelah masuk waktu solat,apakah wajib baginya mengqadha’ solat itu jika telah suci…demikian pula jika telah suci sebelum habis waktu solat?

Ustz Zicry: Pertama….. Contohnya jika wanita kedatangan haid setelah masuk waktu solat magrib,wajib baginya mengqadha’ solat magrib tersebut bila dia suci nanti,seandainya ketika waktu solat magrib tersebut dia berkhayal atau sengaja melambatkan solat magribnya…sampai datangnya haid pada dirinya,sedangkan dia boleh melakukan solat magrib tersebut.

Berdasarkan sabda Rasulullah: “Barangsiapa mendapatkan satu rakaat dari solat,maka dia telah mendapat solat itu”.

Jadi sekiranya seorang wanita itu boleh mengerjakannya sekadar satu rakaat dari waku solat tersebut,kemudian dia kedatangan haid sebelum mengerjakannya,maka setelah dia suci nanti,wajib megqadha’nya.

Kedua…..Sekiranya wanita suci dari haid sebelum habis waktu solat,maka wajib baginya mengqadha’ solat tersebut…seandainya dia suci pada saat sekadar sempat satu rakaat sebelum terbit matahari…maka wajib baginya mengqadha’ solat subuh tersebut atau suci sebelum terbenam matahari,sekadar sempat satu rakaat ,maka wajib baginya mengqadha’ solat asar atau suci sebelum tengah malam sekadar satu rakaat,wajib baginya mengqadha’ solat isyak.Namun kalau2 suci tengah malam,tidak wajib baginya solat isya’,tetapi dia berkewajipan solat subuh bila telah masuk waktunya.

Berdasarkan firman ALLAH: “Kemudian apabila kamu telah merasa aman,maka dirikanlah solat itu(sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang telah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’-103)

Beerti tidak boleh bagi seseorang mengerjakan solat diluar waktunya atau mulai solat sebelum waktunya.


P.Habibah: Sekiranya seorang wanita merasakan adanya darah tapi belum keluar sebelum terbenam matahari atau merasakan sakitnya datang bulan…Apakah sah puasanya pada hari itu atau wajib qadha’ puasanya?

Ustz Zicry: Apabila seorang wanita yang masih dalam keadaan suci merasakan tanda-tanda akan datangnya haid,sedangkan dia dalam keadaan berpuasa,tetapi belum kuar darah setelah terbenam matahari,atau merasakan sakitnya haid tetapi belum keluar kecuali setelah terbenam matahari,maka dikira sah puasanya pada hari itu dan tidak wajib mengulangi jika puasa fardhu,atau tidak sia-sia pahalanya jika berpuasa sunat.

Note ibnusinaputra: Ermm sengaja saya menjawab soalan Puan Habibah yang berkisar tentang permasalahan dan hukum haid wanita didalam blog saya nie,bertujuan dapat berkongsi bersama-sama dengan sahabat dan sahabiah sekalian semua…Alhamdulillah dengan sedikit ilmu yang ada,selesai sudah saya memberikan sedikit jawapan atau pandangan daripada soalan yang telah diajukan kepada saya nie…Diharap kepada puan yang bertanya berpuas hati diatas penulisan dan jawapan yang saya berikan nie….Saya berharap kepada pembaca2 sahabat dan sahabiah yang lebih mengetahui lebih lanjut akan persoalan ini,agar dpt memberikan sedikit komen balas agar dapat sama2 kita mempertingkatkan ilmu yang ada…Sesungguhnya apa yang baik itu datang dariNYA,dan yang kurang elok dan sempurna itu juga datang dariNYA diatas kelalaian kealpaan diri saya…Semoga Kita Semua Dalam Keberkatan Dan Limpah rahmatNYA…Amin YARABB