Saturday, March 7, 2009

Apa Itu Maulidur Rasul???!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Ermmm tentu kita semua biasa sambut Maulidur Rasul...iatu hari kelahiran baginda nabi kita,Nabi Muhammad SAW...di Malaysia kita sudah sinonim dan manjadi kebiasaan seluruh rakyat Malaysia yang hampir keseluruhan nya bermazhabkan Imam As-Syafie menyambut dengan begitu meriah sekali,tidak kira peringkat umur yang muda,yang tua dan pelajar2 sekolah....masing2 ada agenda dan niat tersendiri bagi memperingati hari kebesaran tersebut...Ada yang berarak di sekitar kawasan mereka sambil membawa sepanduk kata2 semangat memuji dan mengagungkan Baginda Nabi Muhammad SAW....tidak terlepas juga dengan ceramah2 keagamaan yang menceritakan sejarah kenabian dan kerasulan Baginda dan diakhiri dengan jamuan ringan..hehehe..Begitula gelagat2 umat islam dinegara kita di Malaysia....Ape pun cara sambutan nya,itu bukan persoalan nya...kerana ianya adalh perbuatan BIDAAH HASANAH iaitu melakukan atau mengerjakan satu ibadah juga perbuatan yang baik tapi tidak dilakukan ketika Rasulullah masih hidup dan mendapat pahala dengan amalan tersebut...Entry kali ini saya ingin berkongsi dan mengupas serba sedikit SEJARAH BILA MAULIDUR RASUL TELAH TIMBUL,APA HUKUM MENYAMBUT NYA,ADAKAH DIBOLEHKAN,DAN KALO BOLEH APAKAH HUJAH2 DISEBALIKNYA.....jum2 mari2 kita pakat-pakat berkongsi dan mngambil iktibar diatasnya.....

Sejarah Ringkas

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimiah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.)juga dirayakan.Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun,semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa,semua perayaan telah dihentikan.Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.


Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).


Hukum Maulidur Rasul

Seperti yang telah diketahiu,perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi.Ulama' berbeza pendapat akan bolehnya perayaan ini.Kita sebagai masyarakt awam tersepit antara dua pendapat ini,Yang mana kita perlu turuti.Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka.Di dalam kupasan ini,akan di huraikan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu saya kumpulkan...Melalui cara ini,kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat.Dan insyaALLAH,kita akan diberi petunjukNYA.....

Hujah Ulama Yang Membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti.Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

B

Berikut Adalah Antara Hujjah-hujjah Yang Membolehkan Maulidur Rasul


1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim:5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”


Berikut Adalah Antara Hujjah Yang Tidak Membenarkan Maulidur Rasul

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..


Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

note ibnusinaputra:
Memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW …Mengamalkan sunnah Baginda… Melaksanakan semua suruhan dan menjauhi larangannya… Mengikuti agamanya…
Mengamalkan cara kehidupannya… Sentiasa ingat dan berselawat… Mengamalkan adab kehidupan Baginda ketika susah atau senang… Memandang berat perkara yang bercanggah syariah… Membaca dan beriman kepada al-Quran.

SEMOGA SAMBUTAN TAHUN INI MEMBAWA TUAH DAN BERKAT KEPADA HIDUP KITA.MAKA PERBANYAKKANLAH SELAWAT UNTUK NABI SEMOGA DI AKHIRAT NANTI KITA BEROLEH SYAFAAT DARIPADANYA...AMIN







5 ulasan:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

mantap. teruskan menulis utk sebarkan agama Allah.

@LiYaNNuaR said...

thanks for sharing... salam maulidur rasul utk semua..

hidayah86 said...

salam maulidur rasul kawan~

Ibnusinaputra said...

wasalam dayah...salam maulidurrasul jg dr aku...

wlcome liyannuar...salam maulidurrasul juga

Ibnusinaputra said...

hehehe..mana da mantap lutfi,besa2 jer..enta pnya blog lg mantap..sntiasa update dan ada crita2 mnarik...insyaALLAH,sama2 kita memartabatkan agama islam dijulang tnggi..ALLAHUAKBAR!!!!